 | MENGETAHUI TEKNIK MUDAH BLOGSPOT |
| Bayangkan jika 1 laman web mampu menghasilkan keuntungan RM1000 setiap bulan. Bagaimana pula jika anda memiliki 10 laman web yang menghasilkan keuntungan yang sama banyak iaitu RM1000 setiap satu... Sudah semestinya RM10,000 bakal menjadi milik anda setiap bulan! |
 | Setiap laman web minisite yang dibina adalah MEMFOKUS kepada satu - satu jenis produk sahaja... |
| Kesilapan "orang baru" yang baru ingin berjinak - jinak memulakan perniagaan di internet adalah mereka ini terlalu GHAIRAH untuk memasarkan terlalu banyak produk dalam 1 laman web. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak fokus terhadap produk yang benar - benar "PANAS" dan memaksimakan keuntungan terhadap penjualan produk tersebut. Perhatikan bagaimana usahawan - usahawan internet berjaya memasarkan produk mereka. Boleh dikatakan hampir kesemuanya menggunakan laman web berkonsepkan minisite dalam memasarkan produk ataupun perkhidmatan mereka di internet. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa mereka harus memaksimakan potensi penjualan produk mereka dan kerana itulah mereka memilih laman web berkonsepkan minisite untuk memberi fokus dalam pemasaran produk mereka. |
 | Setiap produk yang dipasarkan pada setiap laman web minisite sentiasa diberi informasi yang secukupnya kepada pengguna... |
| Setiap produk yang dipasarkan oleh usahawan internet berjaya, mereka akan memberikan informasi berkaitan produk tersebut dengan selengkapnya supaya mereka mencapai keuntungan yang maksima. Ini adalah kerana setiap pelawat web atau bakal pengguna produk harus dihidangkan dengan kelebihan serta manfaat yang bakal mereka perolehi supaya mereka bertindak untuk memiliki produk yang dipasarkan. Pembeli agak sukar membeli sesuatu jenis produk jika mereka tidak tahu secara jelas apakah fungsi produk tersebut dan manfaatnya kepada diri mereka. Saya pasti anda juga begitu... Adakah anda akan membeli produk yang tidak diketahui manfaatnya untuk anda? Oleh kerana itulah, laman web berkonsepkan minisite begitu sesuai untuk tujuan pemasaran seperti ini. |
 | Sentiasa mempromosikan produk yang tertumpu pada topik yang menjurus sahaja (niche market)... |
| Usahawan Internet yang berjaya juga sentiasa memberi fokus kepada satu jenis pasaran yang menjurus (niche) dan menguasai pasaran tersebut manakala "orang baru" pula sering melakukan kesilapan iaitu menjadi tamak untuk memasarkan macam - macam jenis produk dalam satu masa. Kerana kesilapan inilah mereka agak sukar untuk melakukan jualan dan mendapat keuntungan daripada produk yang dipasarkan. Orang kata, biarlah skop atau jumlah produk yang dipasarkan adalah kecil, tetapi jumlah keuntungnya adalah besar. Jangan pula produknya banyak dan besar, tetapi untungnya pula adalah kecil ataupun langsung tiada! Perkaitannya disini adalah, dalam setiap pembinaan laman web pemasaran, fokus kepada pemasaran satu atau dua jenis produk sahaja terlebih dahulu dan maksimakan keuntungan anda. Selepas berjaya dengan pemasaran tersebut, barulah anda kembangkan lagi rangkaian pemasaran produk anda! |
 | Sentiasa membina dan membesarkan jumlah prospek menerusi squeeze page... |
| Cara paling mudah dan berkesan untuk mendapatkan "prospek" ke dalam database / senarai bakal pembeli anda adalah dengan membina satu laman minisite yang dipanggil "squeeze page". Squeeze page adalah sebuah halaman yang khusus semata - mata untuk mendapatkan senarai prospek bagi satu - satu pasaran tertentu. Rata - rata usahawan internet menggunakan konsep ini untuk membina "list" prospek mereka bagi tujuan follow up terhadap produk - produk yang mereka jual. Bayangkan jika anda memiliki 10 ribu senarai prospek dan jika hanya 100 orang sahaja yang membeli produk anda yang berharga RM50.00 untuk setiap 1 email promosi yang anda kirimkan, maka keuntungan yang bakal anda hasilkan menerusi 1 email tersebut sahaja sudah mencecah RM5,000! |